Picture
Anda berdebar?? Kami juga berdebar. Tarikh serahan tugasan semakin hampir. Sama-sama kita doakan semoga tugasan kita ini mendapat penilaian terbaik daripada pensyarah :)

Paling penting ialah semoga usaha kecil kita ini mampu menyumbang kepada dunia pendidikan khususnya di Malaysia.

 Semoga ianya juga dinilai disisi Allah SWT sebagai satu ibadat. Amin. ^ ^

Kawan-kawan, mari teruskan usaha.

Bittaufiq wa najah! ^_____^

 
Picture
Kisah Cikgu Daniel

Rakan-rakan pasti mengetahui kisah Cikgu Daniel sebagaimana yang tercatat dalam tugasan kita. Dalam kisah tersebut, Cikgu Daniel mendapati kelas 3 Mesra berada dalam keadaan huru-hara ketika beliau memasuki kelas tersebut. Murid-murid berkeliaran sana sini. Cikgu Daniel mengarahkan murid-murid duduk di tempat masing-masing namun arahan tersebut tidak diendahkan oleh murid-murid. Tanpa mempedulikan situasi tersebut, Cikgu Daniel meneruskan P&P sehingga sesi pengajaran berakhir. Kemudian, beliau terus meninggalkan kelas tanpa sebarang tindakan.

Biarpun kita masih dalam latihan, saya pasti rakan-rakan pernah mengalami situasi ini semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun semasa menjalankan program-program yang melibatkan murid-murid sekolah. Paling tidak pun, rakan-rakan pasti pernah menjadi murid yang tidak mengendahkan arahan guru semasa berada di bangku sekolah. Ya? Anda jawab sendiri. :)


Apakah agaknya faktor yang membawa kepada situasi di atas?
Apakah tindakan guru yang sewajarnya?
Apakah implikasi sekiranya guru menbiarkan situasi tersebut tanpa sebarang tindakan?

Rakan-rakan, mari kongsikan pendapat anda! Semoga idea-idea tersebut mencetuskan menjadi satu titik tolak kepada kesedaran pentingnya seorang guru memahami situasi kelas yang sepatutnya aktif dan ceria!


    KAMI :)

    Dja, Ainul dan Ida merupakan pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. 

    Berbeza perwatakan namun saling melengkapi antara satu sama lain hingga terbinanya satu jalinan persahabtan. Manisnya berukhwah kerana Dia ^ ^

    Bicara Kami

    March 2013
    February 2013

    Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji