Apa yang Dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah..??
Mari kita tanya pendapat mereka yang pakar dalam bidang ini... 

  • Weber (1999) mendefinisikan Pengurusan Bilik Darjah sebagai melibatkan segala aktivti yang dilaksanakan guru utk membentuk dan mewujudkan sebuah iklim bilik darjah yang membantu keberkesanan dan kecekapan pengajaran. 

  • Moore (2001) pulak mendefinisikan Pengurusan Bilik Darjah sebagai  suatu proses mengatur dan melaksanakan segala urusan bilik darjah bagi memastikan pembelajaran yang diharapkan itu dapat berlaku dengan sempurna

  • Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran 

  •  Lemlech (1988) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di  bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosuder dan sumber pengajaran. Dengan menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

  •  Hall (2000), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan. Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid. Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

  • Levin dan Nolan (2004), menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri
 
Picture
Bilik darjah merupakan tempat dimana aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlaku sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. 

Antara watak utama yang menjayakan kelangsungan perjalanan sesi P&P dalam bilik darjah ialah guru dan murid. Namun, berjaya atau tidak objektif P&P yang hendak dicapai adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor luaran seperti pengurusan bilik darjah.

Richards (1990), mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan sebuah iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

Dalam buku Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku hasil tulisan Haliza Hamzah dan Joy Nesamular Samuel, mereka mengatakan bahawa faktor utama yang dapat menghasilkan sebuah bilik darjah yang berkesan ialah perancangan yang rapi. Guru perlu bijak mengelola dan mengawal pelaksanaan perancangan serta membuat refleksi kendiri dalam menentukan kelemahan dan kekuatan P&P yang dijalankan. 

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah suatu proses yang akan memastikan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan P&P. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat pelbagai objektif P&P yang hendak dicapai.