Keguruan ialah satu jawatan yang professional. Sebagai guru yang professional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Seorang guru yang professional melakukan pengajaran yang efektif.

Perkataan efektif membawa maksud berkesan. Pada amnya, pengajaran yang efektif bergantung kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar yang sesuai. keberkesanan pengajaran ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

APAKAH CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF?

Menurut Ryans (1964) guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri-ciri peribadi

berikut:-

1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.                

2. Bertimbang rasa dan baik hati.

3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.

4. Tenang dan stabil emosinya.

5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya untuk berjenaka.

6. Berpersonaliti dinamik iaitu menarik, tangkas dan mampu menghidupkan suasana kelas.

7. Sabar.

8. Mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang mampu membantu para pelajarnya memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mudah.

9. Mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangna yang luas.

10. Bersuara lantang, dan bertingkahlaku yang sopan.

11. Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas.

12. Bersikap tegas bagi membolehkan pengajaran-pengajaran dapat berjalan dengan baik.

13. Berdedikasi dan rajin.

14. Mementingkan ketepatan masa.

15. Sedia memberikan galakan dan pujian.

16. Bersikap demokratik.

17. Bersifat ingin belajar.

18. Mempunyai pelbagai kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam susan yang

berbeza dan pelajar yang berbeza.

19. Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam perkara yang diajar.

20. Menyayangi kanak-kanak, menggemari manusia dan mempercayai setiap individu

mempunyai potensi untuk berkembang.








Leave a Reply.