Picture




























Dalam tugasan yang diberikan, kami diminta untuk membina aktiviti bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang positif dalam bilik darjah. 

Pelbagai aktiviti menarik, ringkas dan mudah yang boleh diaplikasikan oleh guru untuk menarik perhatian murid mereka.

Antara cadangan aktiviti ialah tepuk-tepuk semangat

Tepuk-tepuk semangat merupakan satu tepukan yang direka oleh guru. Tujuannya ialah untuk memberi semangat kepada murid samaada sebelum memulakan P&P, semasa dan selepas. Guru menerangkan kepada murid bahawa tepukan tersebut hanya akan dibuat apabila guru memberi arahan. 


Implikasi?


Ya, pelbagai implikasi yang diperolehi hasil tepuk-tepuk semangat ini. Contohnya, semasa Cikgu Daniel melangkah masuk ke dalam kelas, beliau melihat anak muridnya berada dalam keadaan huru-hara. Maka, Cikgu Daniel boleh mengaplikasikan tepuk-tepuk semangat ini agar anak muridnya kembali memberi perhatian kepada beliau. Begitu juga semasa melaksanakan P&P. Sekiranya anak murid mula kelihatan mengantuk dan bosan, maka guru perlu bijak menarik semula minat mereka. Tambahan lagi, tepuk-tepuk semangat ini sesuai digunakan untuk memberi penghargaan kepada mana-mana murid yang berjaya menjawab soalan atau melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru.


Tepuk-tepuk semangat ini sangat sesuai dibudayakan dalam bilik darjah agar suasana bilik darjah sentiasa ceria dan aktif!

 


Comments

Datin Impit
03/09/2013 7:22pm

Bagus!

Reply
dja
03/11/2013 12:03am

terima kasih,, mga aktiviti ini blh digunakan untuk warga pendidik,, :)

Reply
Undan
03/11/2013 9:33pm

Datin Impit, boleh huraikan "bagus" yang dimaksudkan oleh Datin...

Reply
az_92
03/13/2013 8:26pm

saya kurang faham dari segi perlaksanaan permainan tersebut.. boleh huraikan dgn lebih jelas lg?

Reply
Ida
03/13/2013 8:35pm

Az_92, dari segi pelaksanaan ya?
Tepuk-tepuk semangat ini ialah aktiviti santai yang menjadi norma bilik darjah. Pada awal persekolahan, guru akan memberikan satu bentuk tepukan yang dinamakan tepukan semangat. Guru akan memberi arahan setiap kali beliau ingin melaksanakan aktiviti dengan menggunakan perkataan yang ringkas seperti "kelas, tepuk-tepuk semangat!" Maka, murid akan melaksanakan tepukan tersebut. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan apabila guru hendak memulakan kelas, ketika murid dapat menjawab soalan atau ketika murid kelihatan mengantuk dan bosan. :)

Reply
az_92
03/14/2013 10:37am

oh...begitu..jd, kte boleh create ape2 pon bentuk tepuk semangat lah ye...hehe..tq.. =)

Reply
Amin Trimo
03/17/2013 5:25am

Bagus aktiviti ni,,boleh cadang utk BSMM. Haha...
Jom try?
http://ordinarychekgu.weebly.com/jom-cuba.html

Reply



Leave a Reply

    The author


    Dulu bercita-cita hendak menjadi peguam. Namun, rezeki tampaknya dalam profession keguruan. Semakin hari semakin mencintai profession ini. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Ustazah soon to be, InsyaAllah :)