Assalamualaikum warga pembaca semua... :) Sebelum ini saya telah mencipta satu aktiviti untuk digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali ini saya kongsikan bersama aktiviti yang boleh digunakan di mana-mana tanpa memerlukan sebarang kos dan peralatan. Mudah dan ringkas. Moga dapat memberi inspirasi buat anda semua.. :) 

Langkah-langkah: 
  1. Guru mengarahkan semua murid bangun. 
  2. Guru sebagai fasilitator untuk membimbing murid.
  3. Murid dikehendaki menarik nafas kemudian menghembuskannya sebanyak 3 kali.  
  4. Apabila murid berada dalam keadaan santai dan selasa. Guru mengarahkan murid mengangkat tangan kanan dan menulis nama orang yang mereka sayang di atas udara. 
  5. Kemudian diikuti dengan tangan tangan kiri untuk menulis nama mereka sendiri diatas udara. 
  6. Setelah itu, murid-murid dikendaki membuat bentuk hati dengan saiz yang besar bagi memasukkan nama orang yang disayangi dan nama mereka. 
  7. Akhir sekali, tarik hati tersebut seperti menarik layang-layang lalu letakkan di hati.  

Impak Daripada Aktiviti Tersebut: 
  1. Aktiviti ini dapat menguatkan psikomotor fizikal murid-murid. 
  2. Dapat mengembangkn imaginasi Murid-murid. 
  3. Akhir sekali, dapat menarik minat murid-murid untuk kembali fokus dalam p&p. 


Cadangan: 
  • Guru boleh menambahkan muzik yang lembut sesuai dengan situasi. 


az_92
3/14/2013 03:39:30 am

pada pendapat saya, selain melukis di udara..guru juga boleh menyediakan tepung..supaya murid lebih nampak ap yg mereka lukiskan...=)

Reply
dja
3/15/2013 05:34:54 pm

syukran az_92 atas cadangan yang diberikan,,, cadangan tersebut boleh digunakan untuk murid-murid disekolah kelak..

Reply
Amin Trimo
3/16/2013 10:28:54 pm

Pernah buat aktiviti ni masa sekolah dulu..memang best!
Tapi cikgu bio sy minta lukis bulatan anticlockwise guna tangan kanan,,sambil lukis bulatan clockwise guna kaki kiri..try la. mula2 susah..tapi melatih kedua2 otak kiri dan kanan

ce try aktiviti kami di ordinarychekgu.weebly.com/jom-cuba.html

Reply
vkl
3/21/2013 04:51:54 pm

bgus...aktiviti ini melibatkan pergerakan n seronok.kalau lukis di belakang kawan pun menarik juga

Reply



Leave a Reply.