Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik
Guru mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya.  Suasana ini menggalakkan murid-murid mudah untuk berdamping dengan guru, tidak segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka.


Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan 
Menggalakkan murid-murid  berinteraksi antara satu sama lain. Contoh aktiviti secara berkumpulan ialah aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan atau kerja projek.


Menggunakan Teknik Menyoal 
Teknik ini digunakan untuk mendapatkan tindak balas daripada murid dan mencungkil pendapat murid.


Menggunakan Percakapan yang Sesuai 
Selain menggunakan teknik menyoal untuk mendapatkan tindak balas murid-murid, cara percakapan yang digunakan oleh guru juga mempengaruhi murid-murid untuk bertindak balas semasa interaksi antara guru dan murid. Contohnya guru memberi pujian dan meneriman pendapat murid-murid dengan hati yang terbuka,

Menggunakan Strategi Berpusatkan Murid 
Guru memaksimumkan kaedah yang melibatkan strategi berpusatkan murid. contohnya kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah. Apabila murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak langsung.


Menggunakan Banyak Alat Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar atau yang dikenali sekarang sebagai alat bantu belajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Apabila murid-murid tertarik dengan alat yang disediakan, murid-murid bertambah semangat untuk mempelajari pelajaran yang diajar dan beruasaha melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
 
Mewujudkan Suasana Interaksi yang Kondusif dalam Bilik Darjah 
Suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah boleh diwujudkan dengan menyusunkan keadaan fizikalnya. Ini dapat dilakukan dengan menyusun tempat duduk murid-murid mengikut bentuk kumpulan mereka.


Membantu Murid yang Bermasalah  
Apabila terdapat murid yang bermasalah seperti pendiam, pemalu atau penakut, guru perlu membantu murid tersebut dengan mengadakan sesi kaunseling dan menggalakkan murid tersebut untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, guru juga perlu mendorong murid-murid yang lain untuk menerima murid-murid yang bermasalah dan menyingkirkan mereka. Cara ini dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi antara satu sama lain secara tidak langsung.



Leave a Reply.