Assalamualaikum warga pembaca semua... :) Sebelum ini saya telah mencipta satu aktiviti untuk digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali ini saya kongsikan bersama aktiviti yang boleh digunakan di mana-mana tanpa memerlukan sebarang kos dan peralatan. Mudah dan ringkas. Moga dapat memberi inspirasi buat anda semua.. :) 

Langkah-langkah: 
  1. Guru mengarahkan semua murid bangun. 
  2. Guru sebagai fasilitator untuk membimbing murid.
  3. Murid dikehendaki menarik nafas kemudian menghembuskannya sebanyak 3 kali.  
  4. Apabila murid berada dalam keadaan santai dan selasa. Guru mengarahkan murid mengangkat tangan kanan dan menulis nama orang yang mereka sayang di atas udara. 
  5. Kemudian diikuti dengan tangan tangan kiri untuk menulis nama mereka sendiri diatas udara. 
  6. Setelah itu, murid-murid dikendaki membuat bentuk hati dengan saiz yang besar bagi memasukkan nama orang yang disayangi dan nama mereka. 
  7. Akhir sekali, tarik hati tersebut seperti menarik layang-layang lalu letakkan di hati.  

Impak Daripada Aktiviti Tersebut: 
  1. Aktiviti ini dapat menguatkan psikomotor fizikal murid-murid. 
  2. Dapat mengembangkn imaginasi Murid-murid. 
  3. Akhir sekali, dapat menarik minat murid-murid untuk kembali fokus dalam p&p. 


Cadangan: 
  • Guru boleh menambahkan muzik yang lembut sesuai dengan situasi. 


 

Alatan yang diperlukan

Picture
Replika / Bola ping pong
Picture
Sampul berwarna-warni
Picture
Kotak
Langkah-langkah pelaksanaan: 
  1. Guru menyediakan 7 sampul berwarna-warni yang mengandungi ganjaran dan dendaan 
  2. 7 biji bola ping pong di lukis dengan lambang bintang seakan-akan Dragon Ball yang betul bermula dari kiraan 1 sehingga 7. ( Guru boleh mencari kelainan dengan membeli replika Dragon Ball yang sebenar ^^)
  3. 1 biji lagi diwarnakan dengan warna merah sebagai bola yang beracun.
  4. Bola ping pong tersebut dimasukkan ke dalam kotak. 


Cara-cara bermain: 
  1. Guru membawa masuk ke kelas sampul Doraemon dan kotak yang berisi bola ping pong. 
  2. Setiap murid dikehendaki bangun dan memasukkan tangan ke dalam kotak untuk mengambil bola ping pong tanpa melihatnya. 
  3. Murid yang mendapat bola ping pong yang mempunyai lambang bintang selamat daripada membuat cabutan. 
  4. Murid yang mendapat bola ping pong berwarna merah akan dikenakan denda dengan mencabut sampul Doraemon. 
  5. Murid yang bernasib baik akan mendapat sampul Doraemon yang mengandungi ganjaran seperti yang tertera dalam sampul tersebut. 
  6. Murid yang mendapat sampul yang mengandungi dendaan akan melakukan dendaan tersebut.