Alatan yang diperlukan

Picture
Replika / Bola ping pong
Picture
Sampul berwarna-warni
Picture
Kotak
Langkah-langkah pelaksanaan: 
  1. Guru menyediakan 7 sampul berwarna-warni yang mengandungi ganjaran dan dendaan 
  2. 7 biji bola ping pong di lukis dengan lambang bintang seakan-akan Dragon Ball yang betul bermula dari kiraan 1 sehingga 7. ( Guru boleh mencari kelainan dengan membeli replika Dragon Ball yang sebenar ^^)
  3. 1 biji lagi diwarnakan dengan warna merah sebagai bola yang beracun.
  4. Bola ping pong tersebut dimasukkan ke dalam kotak. 


Cara-cara bermain: 
  1. Guru membawa masuk ke kelas sampul Doraemon dan kotak yang berisi bola ping pong. 
  2. Setiap murid dikehendaki bangun dan memasukkan tangan ke dalam kotak untuk mengambil bola ping pong tanpa melihatnya. 
  3. Murid yang mendapat bola ping pong yang mempunyai lambang bintang selamat daripada membuat cabutan. 
  4. Murid yang mendapat bola ping pong berwarna merah akan dikenakan denda dengan mencabut sampul Doraemon. 
  5. Murid yang bernasib baik akan mendapat sampul Doraemon yang mengandungi ganjaran seperti yang tertera dalam sampul tersebut. 
  6. Murid yang mendapat sampul yang mengandungi dendaan akan melakukan dendaan tersebut. 



Irsyad Qushairi
3/13/2013 09:07:00 pm

Salam :)... sejauh mne aktiviti ni berkesan ? dan bukankah aktiviti ini akan mengambil masa yang lama?.. p n p hnya akan berlangsung dengan aktiviti bermain tanpa sesi pengajaran...setahu saya matlamat aktiviti hnya sekadar mencari perhatian murid kepada guru dihadapan sekadar 2 minit bgitu.. mohon pencerahan :)

Reply
dja
3/15/2013 05:43:27 pm

trima kasih Irsyad atas komentar dn persoalan tersebut,, maaf lambat jwab persoalan anda atas masalah teknikal, berbalik kepada soalan,
aktiviti ini berkesan atau tidak terpulang kepada cara dan strategi guru tersebut untuk menyampaikannya dan membuat ia kelihatan menarik. soalan kedua, untuk masa, sebenarnya masa yang diambil tidak terlalu kerana guru boleh tetapkan masa agar ia lebih teratur dan sisteamti. sebnarnya aktivit ini boleh dijadikan sebagai abm di dalam p&p, sbgai contoh guru boleh menganti sampul Doreamon dgn soalan yang berkaitan dengan tajuk p&p sbagai peneguhan terhadap pemahaman murid-murid,, harap jawapan yg diberikan dapat menjawab kepada persoalan anda,, trima kasih..

Reply
bunga yg layu
3/14/2013 12:30:06 am

sekadar perkongsian...kalau ganjaran dengan dendaan tu ditukar dengan topik pembelajaran pada hari tersebut menarik jugak..seperti contoh soalan berkaitan dengan anggota-anggota wudhu' gitu...sambil bermain pelajar boleh mengukuhkan apa yang telah mereka pelajari..=)

Reply
dja
3/15/2013 05:44:33 pm

terima kasih bunga yg lalu,, cadangan anda sangat baik dan memberi satu inspirasi kepada saya dan jga rakan-rakan yang lain..

Reply
az_92
3/14/2013 03:46:49 am

adakah aktiviti ini dijalankan sebaik sahaja guru masuk ke kelas?

Reply
dja
3/15/2013 05:47:45 pm

aktiviti ini boleh dilalukan sebelum, semasa dan selepas. Terpulang kepada strategi dan teknik guru untuk menggunkannya. Aktiviti ini hanya sebagai satu idea yang boleh digunakan tetapi ianya boleh dijadikan inovasi mengikut kehendak anda sendiri. :)

Reply
fabregas
3/26/2013 01:29:54 pm

dgar tajuk pun murid dah trtarik,,ditambah dgn aktiviti yg trsusun dan bermakna

Reply



Leave a Reply.