Picture
Anda berdebar?? Kami juga berdebar. Tarikh serahan tugasan semakin hampir. Sama-sama kita doakan semoga tugasan kita ini mendapat penilaian terbaik daripada pensyarah :)

Paling penting ialah semoga usaha kecil kita ini mampu menyumbang kepada dunia pendidikan khususnya di Malaysia.

 Semoga ianya juga dinilai disisi Allah SWT sebagai satu ibadat. Amin. ^ ^

Kawan-kawan, mari teruskan usaha.

Bittaufiq wa najah! ^_____^

 
 
Picture
Kisah Cikgu Daniel

Rakan-rakan pasti mengetahui kisah Cikgu Daniel sebagaimana yang tercatat dalam tugasan kita. Dalam kisah tersebut, Cikgu Daniel mendapati kelas 3 Mesra berada dalam keadaan huru-hara ketika beliau memasuki kelas tersebut. Murid-murid berkeliaran sana sini. Cikgu Daniel mengarahkan murid-murid duduk di tempat masing-masing namun arahan tersebut tidak diendahkan oleh murid-murid. Tanpa mempedulikan situasi tersebut, Cikgu Daniel meneruskan P&P sehingga sesi pengajaran berakhir. Kemudian, beliau terus meninggalkan kelas tanpa sebarang tindakan.

Biarpun kita masih dalam latihan, saya pasti rakan-rakan pernah mengalami situasi ini semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ataupun semasa menjalankan program-program yang melibatkan murid-murid sekolah. Paling tidak pun, rakan-rakan pasti pernah menjadi murid yang tidak mengendahkan arahan guru semasa berada di bangku sekolah. Ya? Anda jawab sendiri. :)


Apakah agaknya faktor yang membawa kepada situasi di atas?
Apakah tindakan guru yang sewajarnya?
Apakah implikasi sekiranya guru menbiarkan situasi tersebut tanpa sebarang tindakan?

Rakan-rakan, mari kongsikan pendapat anda! Semoga idea-idea tersebut mencetuskan menjadi satu titik tolak kepada kesedaran pentingnya seorang guru memahami situasi kelas yang sepatutnya aktif dan ceria!


 
 
Picture
Bicara Seorang Cikgu merupakan sebuah blog hasil inspirasi 3 orang sahabat dalam mengatur langkah ke arah mengapai impian bergelar seorang pendidik. Blog ini menjadi wadah perkongsian antara kami dengan mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan profession keguruan.

 
 
Picture
Assalamualaikum! Hai. Wah! Blog kami still in progress. Terdapat beberapa perkara yang perlu kami perbaiki. Sebenarnya ini adalah pengalaman kali pertama kami mencuba mencipta blog dengan menggunakan weebly. Sangat menarik dan mudah. Namun, terdapat banyak perkara yang perlu kami pelajari mengenai weebly ini. Syukur alhamdulillah sebab beberapa orang daripada rakan kami pakar menggunakannya. Terima kasih kawan-kawan diatas tunjuk ajar :)

Kepada rakan-rakan yang sempat menjengah ke blog kami, jangan lupa tinggalkan komen ya. ^ ^

 

    KAMI :)

    Dja, Ainul dan Ida merupakan pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam. 

    Berbeza perwatakan namun saling melengkapi antara satu sama lain hingga terbinanya satu jalinan persahabtan. Manisnya berukhwah kerana Dia ^ ^

    Bicara Kami

    March 2013
    February 2013

    Hidup biarlah berbakti walaupun tidak dipuji