"Ish ish...apa nak jadi dengan kelas ni",keluh Cikgu Daniel setiap kali masuk kelas 3 Mesra." Murid-murid, sila duduk ditempat masing-masing", arah Cikgu Daniel. Semua murid tidak mengendahkan arahan Cikgu Daniel. Cikgu Daniel terus memulakan pengajaran pada waktu itu tanpa mempedulikan murid-murid yang masih berkeliaran dalam bilik darjahnya. Apabila sesi pengajaran berakhir, Cikgu Daniel terus meninggalkan kelas tanpa mempedulikan murid-murid yang masih leka dengan hal masing-masing. 

Berdasarkan senario di atas, Cikgu Daniel mengahadapi masalah mengawal murid-murid ketika sesi pengajaran berlangsung. Murid-murid pula kelihatan tidak berminat dengan pengajaran yang dilakukan menyebabkan mereka membuat hal masing-masing tanpa menghiraukan guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

Jika anda seorang guru, bagaimana anda menghadapi masalah ini? sebenarnya banyak tips dan langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menjadikan sesi pengajaran yang kondusif. Salah satu cara menjadikan pengajaran menarik perhatian ialah menggunakan kaedah bermain sambil belajar.  
Picture
Permainan ular dan tangga menggunakan dadu dan butang.
Kenal tidak dengan permainan di atas? tentulah kenal permainan zaman kita budak-budak dulu kan..:D
Permainan ini boleh diaplikasikan dalam sesi pengajaran anda. Bagaimana anda melakukannya?

Langkah-langkah pengajaran

1. Sediakan bahan-bahan pengajaran: peta ular dan tangga, dadu, butang (4 biji berbeza warna).

2. Sediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran. 

3. Bawa bahan-bahan ini ke dalam kelas semasa anda ingin mengajar.

4. Bahagikan kumpulan murid-murid kepada empat kumpulan.

5. Satu butang mewakili satu kumpulan. Butang tersebut diletakkan di kotak permulaan dalam peta ular dan tangga.

6. Kumpulan yang pertama akan memulakan permainan dengan membuang dadu enam nombor.

7. Selepas membuang dadu, guru akan memberi soalan kepada murid yang membuang dadu.

8. Murid akan menjawab soalan tersebut.

9. Murid yang dapat menjawab soalan dengan betul, layak menggerakkan butang mereka untuk maju ke hadapan mengikut jumlah dadu yang dibuang.

10. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, dia boleh berbincang dengan ahli kumpulannya yang lain dan memberikan jawapan yang betul.

11. Guru memberi masa kepada murid untuk menjawab soalan selama 2-3 minit. Jika mereka tidak menjawab soalan dalam masa tersebut. permainan akan beralih giliran kepada kumpulan yang lain.

12. Jika murid memberi jawapan yang salah, mereka diberi peluang menjawab sehingga habis masa yang diperuntukkan. Jika mereka tidak dapat memberi jawapan yang betul, permainan akan beralih giliran kepada kumpulan yang lain.

13. Jika murid tidak dapat memberi jawapan yang tepat, guru akan bertanya kepada murid yang lain. Kemudian barulah guru memberi jawapan yang tepat.

14. Kumpulan yang dapat menjawab akan mendapat dua markah.

14. Peraturan permainan tidak berubah iaitu apabila butang berhenti di kotak bertangga, maka butang tersebut akan naik atas. Jika butang tersebut berhenti di kotak berular, maka butang tersebut terpaksa memasuki mulut ular dan berakhir di ekor ular tersebut.

15. Di akhir permainan, butang yang paling atas akan mendapat mata sebanyak 6 markah, tempat kedua mendapat 5 markah, tempat ketiga mendapat 4 markah dan tempat keempat mendapat 3 markah.

16. Pemenang bagi permainan ini ialah kumpulan yang dapat mengumpul markah yang paling banyak.



Permainan ini boleh dilakukan sepanjang sesi pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini merupakan aktiviti pengukuhan selepas guru memberikan mereka sesuatu ilmu pengetahuan yang baru. Ini kerana soalan yang diberikan berdasarkan pembelajaran yang mereka telah lalui.


Objektif Aktiviti Bermain sambil belajar

1.  Menjadikan suasana pembelajaran dan pengajaran yang kondusif.
2.  Menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran.
3.  Murid-murid dapat berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain.
4.  Membantu perkembangan sosial murid-murid.
5.  Memenuhi keperluan murid-murid yang suka bermain.
6.  Memberi pengukuhan terhadap pembelajaran mereka.
7.  Mewujudkan suasana persaingan yang sihat di kalangan murid-murid.

Cadangan

1.  Membuat peta ular dan tangga yang besar dan melekatkannya di papan tulis. 
Picture
Buah dadu yang besar menarik perhatian murid untuk bermain.
Selamat mencuba kawan-kawan. Mungkin anda ada cadangan. Boleh tinggalkan komen...:)
 
Assalamualaikum.. 

Pernah x sahabat-sahabat dengar lagu jambatan goyang-goyang? mesti pernah kan.. :D

JOM nyani sama-sama sambil buat gaya..1,2,3...
JAMBATAN GOYANG-GOYANG...
JAMBATAN GOYANG-GOYANG...


               KU TAKUT TENGGELAM...
               KU TAKUT TENGGELAM...


OH! LALU AKU BERENANG..
LALU AKU BERENANG...


              HABIS BASAH BAJUKU....
              HABIS BASAH BAJUKU...

KU TANGGAL SEMUA...

KU TANGGALSEMUA...


                LALU AKU SIDAIKAN...
                LALU AKU SIDAIKAN...

   KU PAKAI SEMULA....
   KU PAKAI SEMULA...

LIHAT...CANTIK TAK? :D
Bagi sahabat yang belum pernah dengar lagu ni boleh tengok dalam youtube.

Nyanyian lagu kanak-kanak ini boleh diaplikasikan oleh guru-guru semasa mengajar murid-murid di sekolah nanti. Pasti murid-murid seronok menyanyi dan menari. kan3? :D 

Aktiviti menyanyi yang disertai dengan gaya merupakan salah satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid. Aktiviti ini sesuai dilakukan di dalam kelas untuk menarik perhatian murid-murid agar mereka bersedia menerima arahan guru yang berada di hadapan. 

Selain itu, ia boleh membantu perkembangan emosi yang positif semasa di dalam kelas dan mengembangkan imaginasi mereka semasa membuat pergerakan sambil menyanyi. Ia juga dapat menghilangkan rasa mengantuk bagi sesiapa yang suka tidur dalam kelas...:D

Seronok tak?sebenarnya ada banyak lagi lagu nyanyian kanak-kanak yang boleh diaplikasikan...
Selamat mencuba...:D