Sebagai seorang guru, set induksi adalah penting bagi memastikan kesediaan murid-murid untuk menjalani sesi pembelajaran dan pengajaran pada hari itu. Dengan itu, aktiviti yang ringan dan santai perlu ada agar mereka lebih relaks dan bersedia untuk menerima ilmu yang baru. 

Langkah-langkah:
  1. Guru masuk ke dalam kelas dengan memberikan senyuman. 
  2. Sebelum murid-murid duduk, guru memberi arahan supaya mereka bertepuk tangan secara bebas. 
  3. Guru memberi tahu bahawa mereka akan mempelajari tepuk-tepuk Mumtaz.
  4. Kemudian guru mengajar murid-murid bertepuk dengan cara tepuk-tepuk mumtaz. 
  5. Murid-murid mengikut guru untuk tepuk mumtaz. 
  6. Murid bertepuk tangan dengan tepuk mumtaz dengan sendiri. 


Cara-cara Tepuk-tepuk Mumtaz: 
  • Tepukan Pertama: Tepuk dua kali sambil menyebut "Ana Mumtaz" (ibu jari diarahkan kepada diri sendiri) 
  • Tepukan Kedua: Tepuk dua kali sambil menyebut "Nahnu Mumtaz" (ibu cari diarahkan kepada orang lain)
  • Tepukan ketiga: Tepuk dua kali sambil menyebut " Alhamdulillah" ( menadahkan tangan ke atas tanda bersyukur)
  • Ulang semula cara pertama sehingga ketiga. 
 

    Author

    Write something about yourself. No need to be fancy, just an overview.

    Archives

    March 2013

    Categories

    All