Assalamualaikum warga pembaca semua... :) Sebelum ini saya telah mencipta satu aktiviti untuk digunakan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kali ini saya kongsikan bersama aktiviti yang boleh digunakan di mana-mana tanpa memerlukan sebarang kos dan peralatan. Mudah dan ringkas. Moga dapat memberi inspirasi buat anda semua.. :)
Langkah-langkah:
Impak Daripada Aktiviti Tersebut:
Cadangan:
Langkah-langkah:
- Guru mengarahkan semua murid bangun.
- Guru sebagai fasilitator untuk membimbing murid.
- Murid dikehendaki menarik nafas kemudian menghembuskannya sebanyak 3 kali.
- Apabila murid berada dalam keadaan santai dan selasa. Guru mengarahkan murid mengangkat tangan kanan dan menulis nama orang yang mereka sayang di atas udara.
- Kemudian diikuti dengan tangan tangan kiri untuk menulis nama mereka sendiri diatas udara.
- Setelah itu, murid-murid dikendaki membuat bentuk hati dengan saiz yang besar bagi memasukkan nama orang yang disayangi dan nama mereka.
- Akhir sekali, tarik hati tersebut seperti menarik layang-layang lalu letakkan di hati.
Impak Daripada Aktiviti Tersebut:
- Aktiviti ini dapat menguatkan psikomotor fizikal murid-murid.
- Dapat mengembangkn imaginasi Murid-murid.
- Akhir sekali, dapat menarik minat murid-murid untuk kembali fokus dalam p&p.
Cadangan:
- Guru boleh menambahkan muzik yang lembut sesuai dengan situasi.