Objektif aktiviti:
1) Murid mengaplikasikan perbezaan pergerakan haiwan yang diketahui.
2) Membantu membina kekuatan otot dan keseimbangan pergerakan murid.
3) Melatih daya pendengaran murid melalui arahan yang dikeluarkan oleh guru.
Bahan : Kawasan yang luas (belakang kelas)
Langkah-langkah:
1) Guru menayangkan video pergerakan beberapa ekor haiwan yang berbeza.
2) Guru membuat tunjuk cara pergerakan beberapa haiwan tersebut.
3) Guru meminta murid bebaris dalam satu barisan melintang.
4) Guru berdiri 20 langkah dari murid dan memaklumkan murid bahawa mereka akan bergerak ke arah garisan tersebut sehingga guru mengeluarkan arahan berhenti.
5) Guru akan mengeluarkan beberapa arahan pergerakan haiwan yang berbeza yang perlu diikuti oleh murid.
Contohnya:
- Guru memulakan permainan dengan mengarahkan murid melakonkan pergerakan monyet dalam masa 30 saat dan memberi arahan berhenti. (Pergerakan haiwan dilakukan semasa murid bergerak ke garisan tersebut)
- Seterusnya guru menukar arahan tersebut setiap 30 saat dengan meminta murid melakonkan pergerakan haiwan yang berbeza.
- Guru meminta murid melakonkan pergerakan haiwan berkaki 2 atau 4 dan haiwan yang bergerak pantas atau lambat untuk menambahkan keseronokan aktiviti tersebut sehinggalah murid sampai ke tempat dimana guru tersebut berdiri.
- Murid-murid yang berjaya melakonkan semua pergerakan haiwan dan sampai dalam masa yang paling pantas akan dikira sebagai pemenang.
* Semasa saya dan rakan-rakan mengikuti kuliah, pensyarah pernah menasihatkan bahawa aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk menarik minat murid terhadap pengajaran guru. Oleh itu, guru perlu peka dengan keseronokan murid dan menghentikan permainan semasa murid berasa seronok agar mereka ternanti-nanti guru melaksanakan aktiviti tersebut semula. Tujuannya agar murid berasa seronok mengikuti kelas kerana mereka tahu guru akan menyediakan aktivti menarik untuk mereka.
Aktiviti ini sangat sesuai dilaksanakan semasa dipertengahan sesi P&P ketika mana murid mula kelihatan bosan dan mengantuk. Cikgu boleh berhendti sebentar dan mengatakan "Let's Take A Break!". Ayat yang menunjukkan bahawa cikgu akan melaksanakan aktiviti selingan yang menyeronokkan!
Selamat mencuba! :)