Berikut merupakan definisi pengajaran efektif yang berbeza telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidikan dari semasa ke semasa. Perbezaan pandangan berlaku kerana tujuan pendidikan dan pencapaian objektifnya telah ditinjau dari berbagai-bagai sudut yang berlainan.

Menurut J.M.Cooper dalam bukunya Classroom Teaching Skill, pengajaran yang efektif ialah hasil pembelajaran terakhir yang berjaya dicapai mengikut objektifnya.

Gestalt melihat pengajaran yang efektif dari sudut penggunaan. Beliau mentakrifkan pengajaran yang efektif sebagai pengalaman-pengalaman daripada hasil pengajaran guru yang dapat dikekalkan lama dalam fikiran murid dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah lain dalam keadaan yang berbeza.

B.F.Skinner mentakrifkan pengajaran yang berkesan sebagai pengajaran yang berkesan sebagai pengajaran yang mempunyai aktiviti peneguhan yang cukup yang membolehkan murid-murid memperkukuh apa yang dipelajari dalam ingatan.

Hunter dalam bukunya Teach More, Faster (1959) mendifinisikan pengajaran yang efektif sebagai pengajaran yang boleh meningkatkan pembelajaran di kalangan murid dalam suasana yang sihat serta bersemangat.

David G.Ryans (1959) mengaitkan pengajaran efektif dengan guru yang berkesan. Beliau berpendapat guru yang efektif mnerupakan guru yang boleh melaksanakan tugas dan aktiviti pengajarannya dalam bilik darjah secara adil, demokratik, responsif, bertimbang rasa, baik hati, jujur, cergas, menarik, bertanggungjawab, stabil, tenang dan berkeyakinan. Pengajaran yang efektif terhasil daripada aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh gurr tersebut.

Kesimpulannya, pengajaran yang efektif dirumuskan sebagai perancangan pengaajaran yang menghasilkan pembelajaran yang sihat, menarik, seronok, bersemangat, demokratik, tenang dan berdisiplin.
 


Comments




Leave a Reply